Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat gagal menangani krisis ekonomi yang melanda negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak menularnya wabak COVID-19.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkara ini boleh dibuktikan dengan kadar pengangguran yang dijangka meningkat daripada 3.3 peratus pada Februari kepada 13 peratus pada hujung April ini.
Malah katanya, Bank Negara Malaysia sendiri mengakui bahawa pekerja yang mendapat gaji di bawah RM2,300 tidak mencukupi untuk meneruskan kehidupan di bandar. ìPengangguran dan kehilangan kuasa beli rakyat akan mengurangkan hasil kutipan cukai ìKejatuhan harga minyak merumitkan lagi keadaan memandangkan 30 peratus sumber pendapatan kerajaan merupakan hasil daripada petroleum. Kesan pendapatan perniagaan dan harga minyak mengurangkan dana untuk menyelesaikan krisis pengangguran dan isu sara hidup. ìJika kerajaan tidak bertindak dengan komprehensif, ini akan mewujudkan ketidakstabilan ekonomi terhadap negara,î katanya dalam sesi tele-sidang jaringan parlimen Kumpulan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 22 April lalu. Dalam sidang video tersebut, Shamsul turut mendedahkan kelemahan pakej ransangan ekonomi yang dianggap tidak efektif menangani isu sara hidup dalam jangka masa panjang terutamanya selepas PKP berakhir. Pakej ransangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan termasuklah RM1,600 untuk empat juta isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke bawah, RM1,000 untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 ke atas; RM800 untuk bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2000 ke bawah dan RM500 untuk bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan antara RM2,000 dan RM4,000. ìCovid-19 memberi kesan kepada setiap sektor dalam ekonomi negara, yang lebih terkesan adalah sektor perkhidmatan yang meliputi sebahagian besar KDNK dan memberi sumber pendapatan kepada lebih separuh golongan pekerja di negara ini. ìStrategi untuk memberikan subsidi kepada semua sektor tidaklah begitu efektif dan cukup-cukup sahaja untuk meneruskan kehidupan, terutamanya yang kehilangan pekerjaan. ìKerajaan sepatutnya sedar bahawa Covid-19 menyebabkan kehilangan sumber pendapatan dan mereka yang hilang pekerjaan perlu diberikan bantuan kewangan secara khusus ataupun dengan bantuan secara bersasar. Namun kerajaan seolah-olah tidak memikirkan satu dasar yang boleh menangani isu ini.î katanya lagi. Menurut Shamsul, Pakatan Harapan menggunakan kaedah data dan pendekatan yang lebih menyeluruh untuk mengagihkan dana kerajaan apabila berlaku krisis ekonomi. ìKami mengenal pasti apakah masalah dan cabaran yang dihadapi setiap sektor dalam ekonomi dan kami mahu tahap gaji subsidi dinaikkan yang akan banyak membantu sektor yang paling terkesan dengan krisis ketika ini. Polisi kami juga akan membantu mereka yang diluar sektor ekonomi, seperti peniaga kecil dan berniaga sendiri,î ujarnya. Sidang video yang dipancarkan secara live tersebut menghimpunkan 225 peserta dari seluruh dunia, yang mana 110 adalah ahli-ahli parlimen daripada 54 negara. Turut mengambil bahagian adalah pengurus serta pegawai atasan Bank Dunia dan IMF.
Comments