top of page

Covid 19: Permohonan BPN ditolak, subsidi gaji habis, kerajaan PN lemah


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terserlah kelemahannya apabila dilaporkan baru-baru ini hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, penolakan permohonan kerana semata-mata nama seseorang terdapat dalam rekod SSM adalah satu penganiayaan terhadap rakyat dalam keadaan ekonomi terjejas disebabkan wabak Covid-19. Katanya, tidak wajar syarat tersebut dikenakan dalam keadaan sekarang. Walaupun mereka mempunyai SSM namun kebanyakkan perniagaan sudah tidak aktif atau ditutup. "Ini satu bentuk kezaliman yang berlau atas janji kononnya kumpulan tertentu layak mendapat bantuan BPN. Saya lihat berapa ramai orang beratur di depan kedai pajak gadai, itu beri kesan tidak baik kerana mereka ini mengharapkan bantuan disampaikan. "Ada SSM pun tidak menjamin mereka mempunyai wang kerana perniagaan mungkin sudah tutup. Tidak ramai yang bertahan dalam keadaan sekarang. Ramai peniaga yang memberhentikan pekerja dan sebagainya," kata Abdullah ketika dihubungi Suara Keadilan. Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kerajaan PN bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan” kepada majikan untuk mengekalkan pekerja mereka tidak mencukupi jika kerajaan tidak mempunyai pelan perancangan jangka panjang yang baik. "Tak guna tambah RM10 bilion, RM20 bilion sekali pun. Kerajaan tak ada semak dan imbang dalam bantuan kepada rakyat. Tidak ada dasar atau kerangka dalam hal ini. "Malaysia ada 6.9 juta pekerja yang terlibat, bahagi pula dengan peruntukkan yang diberikan itu memang tidak cukup. Jika keadaan ini ditangani lebih awal mungkin mencukupi kerana kerajaan suntik dana RM1 bilion setahun. "Dalam situasi Covid-19 ramai pekerja yang gaji tidak dibayar, dipotong atau operasi syarikat ditutup. Sepatutnya mereka gunakan Skim Insurans Pekerja (SIP). Melalui skim ini pekerja boleh bertahan selama 6 bulan sepanjang Covid-19," ulasnya. Sebelum ini, PERKESO dalam kenyataannya menyatakan mereka telah kehabisan dana subsidi gaji RM600 sebulan untuk Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang diperuntukkan kerajaan sebanyak RM120 juta dalam pakej rangsangan ekonomi Dimaklumkan juga permohonan yang dibuat selepas 27 April 2020 tidak layak untuk menikmati bantuan kewangan tersebut. Sehubungan itu, Abdullah Sani menegaskan lagi kerajaan PN sepatutnya lebih peka dan bertindak pantas di atas kenyataan yang diberikan PERKESO itu. "Apa rasional umum nak bagi RM600, RM1200 semua itu kalau kerajaan tak dapat menyelesaikan masalah rakyat? "Kerajaan ini blur, tak tahu apa yang mereka lakukan, yang mangsanya adalah rakyat," tegasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page