top of page

Covid 19: Pengembara dari luar lalui ujian saringan demam - KKM



Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di pintu masuk antarabangsa (PMA) perlu melalui saringan demam, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


Langkah itu sebagai sebahagian pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes pandemik Covid-19 di Malaysia susulan perubahan polisi pengurusan penyakit berjangkit di China.


Dr Zaliha dalam satu kenyataan berkata, pengembara yang dikesan demam, bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.


"Sekiranya disyaki Covid-19, ujian Covid-19 akan dijalankan," katanya.


China mengumumkan kelonggaran pengurusan Covid-19 pada 8 Jan dan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan Beijing tidak akan mengenakan kuarantin ke atas mereka yang memasuki negara itu.


Keputusan berkenaan dibuat ketika China berdepan peningkatan jangkitan yang membimbangkan, sementara jumlah kematian dilaporkan turut meningkat.


Sementara itu tambah Dr Zaliha, KKM akan memperkukuh langkah survelan di PMA dengan pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China.


"Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19," katanya.


Sementara bagi mengesan sebarang varian baharu pula, semua kes penyakit seperti influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) yang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan mempunyai sejarah perjalanan ke China atau kontak dengan individu dari China dalam tempoh 14 hari perlu melalui ujian RTK-Ag.


Katanya, hasil ujian RTK-Ag Covid-19 itu akan dihantar untuk penjujukan genom sekiranya positif Covid-19.


Jumaat lalu KKM memaklumkan pengisytiharan Malaysia sebagai Kawasan Tempatan Jangkitan yang akan tamat pada 31 Disember telah dilanjutkan hingga 30 Jun depan bagi memudahkan KKM menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19 menggunakan peruntukan di bawah PU (A) 83/2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page