
Pekerja kesihatan yang menghadapi tekanan susulan pandemik Covid 19 yang lalu diberi konsultasi untuk memastikan kesihatan mental mereka kekal dalam keadaan baik.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (PH - Sekijang) dalam sesi soal jawab kementerian di Dewan Rakyat, pagi tadi.
"Pekerja kesihatan kita laksanakan beberapa program mendekati mereka.
"Kita menyediakan ruang di mana mereka boleh mendapatkan konsultasi pakar pakar kami yang kita sediakan untuk memastikan kemurungan dan kesihatan mental ini tidak menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada kesan lebih buruk seperti bunuh diri dan sebagainya," kata Dr Zaliha dalam menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN - Kuala Langat).