top of page

Covid 19: Kurangkan yuran universiti - PKPIM


Penularan wabak Covid 19 memaksa kuliah di universiti ditangguhkan dan pembelajaran dilakukan secara atas talian. Sehubungan itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengesyorkan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengurangkan kadar yuran pengajian di universiti. Menurut Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli, syor tersebut dibuat setelah mengambil kira faktor hampir semua mahasiswa melakukan pembelajaran menggunakan kemudahan persendirian tanpa melibatkan sebarang insfrastruktur mahupun kemudahan universiti. Oleh itu, katanya, wajar universiti tidak mengenakan bayaran yuran penuh sebagaimana sebelum ini. "Majoriti mahasiswa universiti datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40 & M40) yang sudah pasti terkesan akibat ketidaktentuan ekonomi negara sepanjang wabak Covid 19 ini berlaku. "PKPIM memahami setiap universiti mempunyai kebebasan dalam membuat apa jua keputusan terkait isu dalaman masing-masing. Namun, PKPIM melihat isu pembelajaran atas talian ketika PKPB ini melibatkan hampir semua universiti awam mahupun swasta. "Justeru kami berpandangan wajar untuk KPT meletakkan suatu polisi tetap dengan mengurangkan yuran bagi sesi pengajian kali ini di semua universiti awam," katanya dalam satu kenyataan. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut merayu kepada kerajaan untuk mengekalkan subsidi pengajian tinggi di universiti awam. Hal itu, menurut Farhan, penting bagi memastikan tiada sebarang kenaikan yuran pengajian bagi mahasiswa baharu yang bakal memulakan pengajian mereka pada kemasukan sesi 2020/2021. "Langkah ini bertujuan memastikan peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi tidak terjejas serta mampu ditampung terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, lebih-lebih lagi pada masa sukar sekarang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page