top of page

Covid 19: Kurangkan karenah birokrasi, dengar suara rakyat

Updated: Apr 30, 2020

Oleh: Redzuan Shamsudin


Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak mengamalkan birokrasi melampau dalam menguruskan bantuan Covid 19 kepada rayat memerlukan.


Covid 19: Kurangkan karenah birokrasi, dengar suara rakyat

Menurutnya, kerajaan PN harus membuktikan ungkapan "kerajaan ini mengambil berat akan anda" sebagaimana yang dilafazkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin pada perikat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.


Katanya, birokrasi melampau dan mengenepikan senarai yang diberi oleh wakil pembangkang menyebabkan rakyat yang memerlukan tercicir daripada senarai bantuan.

"Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Menteri kanan, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri harus benar-benar menunjukkan kefahaman dan keseriusan mereka terhadap bencana Covid-19 tanpa meminggirkan sesiapa.


"Tidak kira pakar-pakar, badan bukan kerajaan, wakil rakyat pembangkang, agensi-agensi persekutuan dan negeri, apatah lagi unit akar umbi di bawah seperti penghulu, ketua kampung dan ketua masyarakat. Setiap entiti ada peranannya, contohnya pakar-pakar dan wakil masyarakat. Mereka ada sudut pandang yang wajar diambil kira.


"Kurangkan berprotokol dan birokrasi yang merumitkan. Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat. Peranan sidang dewan undangan negeri dan sidang parlimen tidak boleh diambil mudah sebagai medan perantaraan pandangan, cadangan dan semak - imbang," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, beliau menyeru agar menteri-menteri kerajaan PN juga patuh kepada undang-undang. Menurutnya, agensi kerajaan terutama Kementerian Kesihatan telah melakukan yang terbaik dalam perang melawan Covid 19. Oleh itu, rekod baik tersebut jangan dicemari pula oleh menteri yang tidak bertanggungjawab.


"Tindakan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak menunjukkan contoh tauladan baik dengan melanggar sendiri PKP, mengeluarkan arahan dan pengumuman yang separuh masak seperti isu operasi kedai gunting rambut, tidak telus dan bekerjasama dengan pakar-pakar dalam menguruskan wabak juga mempolitikkan pemberian bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat dikesalkan.


"Meskipun Malaysia dianggap terbaik setakat ini dalam menguruskan wabak Covid-19 dan kita wajar berterima kasih kepada barisan hadapan, namun tindakan pihak Menteri dan Timbalan Menteri serta kuncu-kuncunya telah merencatkan imej barisan hadapan ini. Lebih malang mangsanya ialah rakyat.


"Ia seolah-olah kita hidup dalam dua dunia berbeza. Rakyat diarah ambil serius wabak, duduk di rumah, jaga jarak sosial dan jaga kebersihan. Tetapi Menteri dan Timbalan Menteri serta kuncu-kuncunya tidak nampak serius dan seolah-olah tidak sensitif serta masih berpolitik sehingga menyusahkan rakyat," katanya.


Sehubungan itu Syed Ibrahim menyeru agar kerajaan PN lebih berhemah. Terutama dalam tempoh pasca PKP yang mungkin berlaku sepanjuang Ramadan. Ketika itu, katanya, lebih banyak rakyat memerlukan bantuan akibat kelembapan ekonomi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page