top of page

Covid 19: Kerajaan pastikan pintu masuk negara dikawal rapi



Pelancong asing yang memasuki negara ini khususnya dari negara yang dikesan merekodkan kadar penularan kes Covid-19 tinggi akan dikawal rapi sepenuhnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri ketika mengulas kebimbangan awam susulan peningkatan kes jangkitan wabak itu di negara China berkata kerajaan tidak mahu mendiskriminasi mana-mana pelawat asing yang datang ke negara ini.


Walau bagaimanapun tegasnya, sekatan akan dikenakan ke atas mereka jika sah dijangkiti wabak berkenaan.


"Kita tak mahu diskriminasi. Kita bagi satu yang telus. Semua (pelancong) yang masuk dikawal rapi. Kalau ada petanda, kesan kepada kesihatan, maka kita tidak akan izinkan (masuk).


"Punca (negara penyumbang kes jangkitan), kalau baca media barat, saya tidak mahu campur. Saya ikut sains, data dan angka. Saya tidak mahu terpukau dengan propaganda asing.


"Kita harus baik dengan semua negara. Kalau ada pembawa wabak dari Amerika Syarikat, kita sekat. Kalau dari China, kita sekat, kerana pelancongan dan ekonomi tidak dapat mengatasi kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.


Beliau berkata demikian pada program Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTM, malam tadi.


Pada Rabu jemaah menteri memutuskan untuk tidak menguatkuasa sekatan pelancong asing dari negara tertentu di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara.


Susulan itu kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada terhadap penlancong asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.


Setakat ini beberapa langkah pemantauan di Pintu Utama Antarabangsa (PMA) telah diketatkan dengan pelancong perlu melalui saringan demam.


Langkah pemantauan di PMA juga diperketatkan dengan pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page