top of page

Covid-19: Kebimbangan masyarakat dibawa ke mesyuarat kabinet



Sebarang keputusan berkaitan ketibaan pengembara asing khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika mengulas kebimbangan ramai terhadap kemungkinan gelombang baharu Covid-19 akan menular ke negara ini berkata, isu itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan hari ini.


"Kita akan bentangkan fakta yang kita ada dan sebarang kemungkinan berkaitan. Insya Allah kita harap ada satu keputusan terbaik yang mengimbangkan dari sudut sains dan data serta persepsi masyarakat," jelasnya.


Zaliha berkata begitu kepada media ketika mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Selasa.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mengesahkan dua varian Covid- 19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan BF.7 dikesan berada di Malaysia.


Pengguna laman sosial kemudian meluahkan kebimbangan berhubung perkara itu dan menggesa agar kerajaan segera mengambil pendekatan pencegahan lebih ketat.


Salah satu cadangan dikemukakan pengguna laman sosial adalah supaya pelancong dari China dihalang atau disekat masuk sementara ke negara ini sehingga kes harian Covid-19 di China mereda.


Mengulas gesaan pengguna laman sosial itu, Zaliha menjelaskan sebarang keputusan mesti dibuat dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian lain dan bukan hanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.


Ini kerana jelasnya sebarang keputusan akan memberi kesan kepada aspek ekonomi, pelancongan serta keselamatan rakyat.


Sebagai rekod, KKM telah melaksana beberapa langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes pandemik Covid-19 di Malaysia susulan perubahan polisi pengurusan penyakit berjangkit di China.


Semua pengembara dari luar negara terutama China di pintu masuk antarabangsa (PMA) perlu melalui saringan demam.


Mana-mana pengembara yang dikesan demam, bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.


Langkah survelan di PMA juga diperketatkan dengan pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China.


KKM turut mengarahkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke China atau kontak dengan individu dari China dalam tempoh 14 hari perlu melalui ujian RTK-Ag.


Sementara itu Zaliha ketika mengulas tinjauan di kedua-dua lapangan terbang itu berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan buat masa ini berkaitan pencegahan Covid-19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page