top of page

Covid 19: Denda langgar SOP RM10,000 amat membebankan



Kerajaan digesa mempertimbangkan semula denda RM10,000 bagi kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, denda yang begitu tinggi tidak wajar dikenakan ketika rakyat menghadapi kesukaran ekonomi seperti sekarang.


"Saya memandang serius cadangan kerajaan mahu mewartakan kompaun pelanggaran SOP dengan jumlah denda RM10,000, yang difahamkan akan berkuatkuasa pada 11 Mac.


"Terdapat 2 perkara yang menjadi isu pokok dalam hal ini. Satu, jumlah denda yang begitu membebankan bagi rakyat biasa dan kedua, soal pelaksanaan.


"Kita lihat dalam hal ini, misalnya pelanggaran SOP bagi rakyat biasa banyak insiden di mana terdapat diskriminasi atau pelaksanaan peraturan dua darjat. Rakyat biasa dan golongan menteri atau elit.


"Perkara ini menuntut kita menyatakan bantahan dengan tegas. Kita tahu rakyat sedang susah, bergelumang masalah ekonomi, mencari sumber kewangan (ketika ekonomi gawat)," katanya kepada wartawan dalam program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Drive Thru di pasar pagi Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka.


Menurut Shamsul, kecamukan dasar yang diluluskan oleh kerajaan Perikatan Nasional menggunakan Ordinan Darurat 2021 ini menimbulkan kemarahan rakyat.


Katanya, sudah tiba masanya Parlimen dibuka semula agar isu-isu berkaitan rakyat boleh dibahaskan dan ditentukan dengan tidak menekan golongan marhaen.


"Saya nyatakan dengan tegas sidang Parlimen mesti dibuka semula untuk perkaara ini agar dapat kita bahasakan dalam Dewan Rakyat.


"Kalau Parlimen tidak dibuka, di manakah ruang Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berkaitan rakyat? Kerajaan Muhyiddin sewajarnya mengikut apa yang dititahkan di mana Agong tiada masalah membenarkan Parlimen bersidang dalam keadaan darurat," katanya.


Acara sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Hang Tuah Jaya pada tahun ini dilakukan secara pandu lalu akibat pandemik Covid 19 yang masih membimbangkan.


Bagaimanapun sambutan secara pandu lalu itu tidak mengurangkan kemeriahannya dengan kenderaan para pengunjung pasar pagi diberi juadah makanan dan limau mandarin dari Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page