top of page

COMWEL platform eksklusif Ahli Parlimen wanita PN?



Penubuhan Council of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamarudin dilihat lebih sebagai kelab eksklusif Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) apabila anggotanya dihadkan hanya kepada parti pemerintah.


Bagi Ahli Parlimen Merbok, NorAzrina Surip @ Nurin Aina, platform politik dari kalangan wanita tidak sepatutnya terhad kepada sebahagian pemimpin sahaja dan melupakan 20 Ahli Parlimen wanita daripada KEADILAN dan DAP yang turut sama membawa aspirasi perjuangan wanita Malaysia.


"Sewajarnya dalam semangat menyambut Hari Wanita Sedunia serta usaha mengangkat polisi 30% wanita COMWEL menggembeling segala kekuatan yang ada dan tidak mengkesampingkan pimpinan politik wanita dari kalangan pembangkang kerana perbezaan fahaman politik.


"Sehari sebelum Hari Wanita Sedunia, (bukankah) seramai 33 Ahli Parlimen Wanita telah bersolidariti menurunkan nama masing-masing dengan satu seruan agar Parlimen Malaysia lebih peka gender.


"Ini merupakan titik sejarah penting yang harus diangkat meskipun ada usaha cuba menafikannya. Inisiatif Ahli Parlimen Kuantan melalui kenyataan bersama ini dilihat berjiwa besar dalam usaha mengangkat usaha wanita secara bersama, dan merentas sempadan politik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi, langkah terbaik dalam membela nasib wanita di negara ini adalah dengan menggembeleng tenaga seluruh pimpinan memikirkan solusi terbaik bagi menyelesaikan isu-isu kesaksamaan gender, kekejaman kepada wanita dalam krisis rumahtanggsa dan sebagainya.


Bukan dengan membentuk platform sesama anggota parti atau gabungan politik dan menyisihkan yang lain.


"Usaha memartabatkan dan mengupayakan wanita di setiap peringkat seharusnya mengatasi kepelbagaian sempadan. Ia tidak wajar dilihat eksklusif apatah lagi untuk kepentingan individu atau kelompok tertentu.


"COMWEL mesti jujur dalam mengiktiraf usaha wanita lain apatah lagi Ahli-ahli Parlimen Wanita sedia ada yang dikecualikan.


"Ayuh! bersama kita menyahut tema memilih untuk mencabar bukan memilih untuk mengecualikan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page