Oleh: Abdullah Zaid
KEADILAN menyelar tindakan segelintir pemimpin parti Pas yang masih menggunakan isu konsert Cold Play sebagai modal politik bagi mempengaruhi rakyat.
Mempersoalkan tuduhan blok pembangkang itu kepada pemimpin KEADILAN sebagai ‘iman senipis bawang’, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, penganjuran konsert penyanyi luar negara ketika Perikatan Nasional menerajui negara adalah jauh lebih banyak berbanding Kerajaan Perpaduan.
"Ketika zaman PN konsert tiap-tiap minggu diadakan, (antaranya) Boys Like Girls, Billie Eilish, Black Pink dan Super Junior.
"Jadi banyak konsert yang rakyat memilih untuk hadir. Tetapi iman pemimpin Pas masih tebal tidak senipis kulit bawang," katanya ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Namun, jelasnya apa yang lebih menghairankan, ketika blok MADANI itu mula mengambil alih Putrajaya, pemimpin Pas dilihat sengaja mengapi-apikan isu tersebut.
"Namun, bila konsert dianjur pada zaman kita (Kerajaan Perpaduan) tiba-tiba kita dilabel sebagai pemimpin liberal, tak layak jadi pemimpin, apa punya cerita ini," katanya.
Justeru, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menggesa ahli jentera parti itu menggunakan langkah ‘mode’ menyerang bagi menangkis usaha blok pembangkang itu mencipta tanggapan negatif.
Comments