Calon DUN Ayer Molek, Cikgu Mohd Rafee Ibrahim berjanji akan meneruskan khidmat kepada masyarakat di Ayer Molek biar pun kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, semalam.
Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya mengucapkan terima kasih kepada jentera yang bertungkus lumus membantu sejak selepas hari penamaan calon sehingga di hari pengundian.
"Saya akan meneruskan khidmat bakti saya kepada masyarakat di Ayer Molek dan Parlimen Hang Tuah Jaya selaku Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.
"Selamat menjalankan amanah yang diberikan kepada yang menang. Terima kasih kepada semua jentera dan pengundi Pakatan Harapan yang telah berusaha sedaya upaya. Semoga kita kekal istiqamah dalam perjuangan.
"Apabila ditanya kenapa kita masih sanggup menjejaki jalan ranjau penuh penderitaan ini dengan segala mehnah dan fitnah, kita kata, dengan merujuk kepada ungkapan Islah mastata'tu - surah Hud:88 - Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami," katanya.
Dalam pilihan raya semalam Cikgu Rafee mendapat 2,446 undi sementara calon BN Rahmat Mariman mendapat 6,348 undi
Comments