top of page

Cikgu Joohari calon tepat, peluang ambil semula DUN Sg Bakap

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 22, 2024
  • 1 min read

ree

Pakatan Harapan (PH) dan Perpaduan mempunyai harapan cerah untuk mengambil semula kerusi DUN Sungai Bakap daripada Pas-PN berikutan calon yang diturunkan cikgu Dr Joohari Ariffin merupakan calon yang digemari pengundi.


Menurut Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek, Dr Joohari merupakan anak tempatan, dikenali dan banyak menabur jasa dalam bidang pendidikan di kawasan berkenaan.


Hal itu dinyatakan beliau selepas mengadakan pertemuan dengan jentera perpaduan Daerah Mengundi (DM) Ladang Sempah dan DM Kampung Besar semalam.

ree
Tinjauan jentera tempatan, peluang cerah

"Nampak gayanya, berdasarkan statistik dan fakta setakat ini, peluang cerah untuk mengambil kembali DUN Sungai Bakap yang dipinjamkan sebentar itu, insya-Allah.


"Calon yang kita tampilkan, Cikgu Dr Joohari Ariffin merupakan seorang yang tepat dalam percaturan menawan semula Sungai Bakap," katanya.


Jelas Fadhlina, setakat tinjauan yang dibuat sejak pengumuman calon Perpaduan pada Rabu lalu, diikuti malam pengumuman calon PN, sehinggalah ke hari menjelang penamaan calon, sentimen berpihak kepada Perpaduan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page