top of page

Chua Jui Meng juara reformasi, demokrasi - Anwar




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jui Meng.

Ditemui pemberita di Gereja Full Gospel Assembly Kuala Lumpur, Presiden KEADILAN itu menyifatkan Jui Meng sebagai Menteri Kesihatan yang “sangat efektif” serta “juara reformasi dan demokrasi” di Malaysia.


Tambah Anwar, Chua bukan sahaja akan dikenang sebagai antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan tetapi juga seorang pejuang reformis kental yang sentiasa bersama KEADILAN ketika zaman sukar parti itu.


"Chua ialah kawan yang saya kenali selama empat dekad sejak kami berada dalam Barisan Nasional (BN).

"(Beliau) gigih berjuang untuk reformasi dan kami menjadi rakan sekerja serta kawan sangat rapat sehingga beliau bersara daripada politik," katanya pada upacara memperingati Chua.


Jui Meng yang meninggal dunia Ahad lalu pada usia 80 tahun ialah bekas Pengerusi KEADILAN negeri Johor dan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.


Beliau merupakan Menteri Kesihatan paling lama berkhidmat dalam negara, dari 1995 hingga 2004.

Chua akan dikebumikan di Taman Memorial Nirvana, Shah Alam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page