top of page

Christina Liew berterima kasih kepada pengundi DUN Api-Api


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Christina Liew merakamkan penghargaan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api kerana sekali lagi memberikan mandat kepadanya untuk lima tahun akan datang.


Walaupun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak memihak KEADILAN dan Warisan Plus, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat Sabah.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Api-Api yang memberikan mandat kepada kami (KEADILAN) menerusi pembuangan undi.


"Saya akan terus mendengar dan melakukan yang terbaik demi kebajikan rakyat dalam tempoh lima tahun lagi," katanya menerusi laman Facebook miliknya.


ADUN Api-Api itu juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan kempennya yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan kerusi milik KEADILAN.


"Ia satu pertarungan yang sukar tapi saya sangat menghargai sokongan dan bantuan yang diberikan anda selama ini.


"Kita akan terus berjuang demi Sabah yang lebih baik," katanya.


Christina meraih 7,796 undi dengan majoriti 5,347, iaitu jumlah undi yang lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan 8,174 undi namun kali ini dengan majoriti lebih besar kerana pada 2018, majoriti yang diperoleh hanyalah 2,954.


Keputusan N20 API-API


1 LO YAU FOH PPRS 280

2 CHONG TZE KIUN GAGASAN 97

3 MARCEL JUDE A/L M S JOSEPH BEBAS 16

4 CHIN SU PHIN LDP 317

5 PANG YUK MING PCS 431

6 YEE MOH CHAI PBS 2449

7 NG CHUN SUA BEBAS 41

8 LIEW CHIN JIN PKR 7796

9 SIM SIE HONG BEBAS 72



Jumlah undi 11865

Peratus 62

Undi ditolak 336

Kertas undi tidak dikembalikan 30

Majoriti 5347

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page