top of page

Christina gesa pendaki Gunung Kinabalu lebih bersedia mental, fizikal



Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew menggesa individu yang mahu mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih bersedia secara fizikal dan mental sebelum memulakan pendakian.


Gesaan itu susulan insiden kematian seorang pendaki akibat sindrom akut gunung (AMS) ketika menerima rawatan di Hospital Ranau, awal pagi Selasa.


"Para pendaki diingatkan sebelum memutuskan untuk mendaki Gunung Kinabalu, perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental," katanya.

Terdahulu Alexzander Kueh Check Boo, 45, disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.


Mendiang bersama isterinya mula mendaki puncak Gunung Kinabalu pada Isnin dan tiba di Panalaban namun dipercayai mengalami AMS.

"Berdasarkan maklumat, mereka tiba di Panalaban pada 24 April lalu, kemudian pada jam 9 malam Ng mengadu sakit kepala dan sesak nafas.


"Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) berjaya memberikan bantuan oksigen dan kemudian membawa Ng ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.


"Selang empat jam kemudian iaitu dua kilometer dari Timpohon Gate, mendiang mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan otot sebelum diusung ke Timpohon dan turut di bawa ke hospital yang sama namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu, Christina memaklumkan telah meminta pihak Taman-Taman Sabah (TTS) yang terletak di bawah Kementeriannya membantu keluarga mangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page