top of page

Chon Siang henti misi lepas sukses selamatkan 96 mangsa sindiket




Ahli Dewan Undangan Teruntum, Sim Chon Siang (gambar atas, tiga dari kanan) mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan misi menyelamat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang terkandas di Myawaddy, Myanmar.


Perkara itu diumumkan Chon Siang dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang semalam sebaik menyambut ketibaan lima mangsa terakhir yang diselamatkannya.


Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang berkata, keputusan itu dibuat susulan tanggungjawabnya sebagai pemimpin negeri lebih memerlukan beliau menumpukan usaha dalam kerajaan.


Beliau turut menjelaskan telah berdepan kekangan dari sudut kewangan untuk meneruskan misi tersebut susulan beberapa misi sebelum ini.


"Saya mengumumkan, ini adalah misi terakhir menyelamatkan anak-anak Malaysia.

"Saya minta maaf kepada ibu bapa yang anak mereka masih terkandas, saya sudah tidak boleh buat apa-apa.


"Lepas ini saya berharap Kementerian Luar Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan yang tegas untuk selamatkan anak-anak Malaysia," katanya.


Remaja rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang bertemu keluarga

Difahamkan, seramai 96 rakyat Malaysia yang ‘terperangkap’ di sebuah bangunan yang menjalankan aktiviti perjudian dikenali sebagai KK Garden telah berjaya diselamatkan Chon Siang dengan pasukan disertai Victor Wong, seorang ahli perniagaan Malaysia yang menetap di Thailand.


Sindiket pemerdagangan itu dilapor menjalankan modus operandi dengan menyasarkan belia Malaysia terutamanya remaja Melayu.


Sementara itu, seorang dari mangsa yang dibawa pulang mengucapkan penghargaan atas usaha wakil rakyat KEADILAN itu membawa pulang mereka.


Beliau turut menasihatkan remaja Malaysia untuk berhati-hati ketika mendapat apa-apa tawaran kerja dengan gaji lumayan di luar negara.


"Saya nak ucap jutaan terima kasih kepada YB Sim dan Victor kerana telah membantu kami keluar dari KK Garden dan bawa ke Bangkok, uruskan hal kedutaan sehingga akhirnya dapat balik ke Malaysia," kata remaja lelaki berusia lingkungan 20-an itu.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pada sidang akhbar susulan kejayaan membawa pulang mangsa itu memaklumkan, setakat ini masih terdapat 14 rakyat Malaysia dipercayai terkandas di Thailand.


Justeru kerjasama erat dengan Polis Diraja Thailand sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti kedudukan mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page