top of page

China maju berteraskan nilai Asia - Anwar




Republik Rakyat China yang kini menjadi kuasa ekonomi kedua terkuat dunia di belakang Amerika Syarikat (AS) mampu menjadi negara maju berteraskan nilai Asia.


Hal itu diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya di Boao Forum for Asia Annual Conference 2023 (BFA 2023) di Hainan, pagi tadi.


Menurut Anwar, penganalisis politik dan ekonomi Barat sebelum ini ternyata keliru apabila menetapkan runtuhnya komunisme pada 1990an bererti dunia telah tiba ke penghujung sejarah, dan mengisytiharkan kejayaan mutlak demokrasi liberal serta kapitalisme mendominasi semua sistem politik serta perekonomian dunia.


Bagi Anwar munculnya China sebagai kuasa besar baharu, juga India yang berada dalam 10 ekonomi terbesar dunia ketika ini membuktikan nilai Asia perlu diperhatikan dalam tantanan politik dan perekonomian masa hadapan.


"Runtuhnya Tembok Berlin dan pemulihan seterusnya menandakan berakhirnya Perang Dingin, tetapi ia membawa kepada pengisytiharan tentang penghujung sejarah, iaitu, dakwaan oleh Barat tentang kejayaan demokrasi liberal dan kapitalisme, yang menguasai seluruh dunia dan akhir daripada semua bentuk kemajuan.


"Dalam pada itu, China dan India melakukan pembaharuan sosio-ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menghasilkan pertumbuhan fenomenal yang memperkasakan mereka, untuk menuntut semula kedudukan mereka yang selayaknya di pentas global.


"ASEAN juga telah berkembang (dalam tempoh dua dekad), begitu juga dengan Afrika," katanya.


Kesemua negara dan rantau yang baharu muncul dan menjadi maju itu, kata Anwar menunjukkan keupayaan Asia dan sistem perekonomiannya yang tidak mengikut formula Barat untuk muncul setanding Barat.


Hal itu, katanya, sedang menjadi contoh yang ketara mengimbangi fahaman kapitalisme Barat dan dunia unipolar yang cuba diwujudkan.


"Sesungguhnya, apa yang kita lihat dalam tiga dekad yang lalu dan terus disaksikan hari ini ialah terdapat cara lain yang sama sah untuk melihat dunia dan laluan berbeza dalam mentafsir serta mencapai kemajuan sosio-ekonomi.


"'Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina' China, 'Laluan Cina Menuju Pemodenan' dan idea Presiden Xi Jinping tentang komuniti masa depan bersama untuk umat manusia adalah contoh yang amat ketara," katanya lagi dalam forum itu.


Tahun ini kejayaan memihak kepada negara China apabila pelabur Barat dan rantau Arab berlumba lumba menghadiri Forum Tahunan BOAO bagi pelaburan dan ekonomi.


Pemodal Barat dan Timur Tengah ketika ini melihat kegoyahan ketara institusi kredit AS di tengah tengah kegagalan kuasa besar itu memusnahkan ekonomi Rusia, menekan negara berkenaan daripada terus menyerang Ukraine.


Oleh itu, penganalisis ekonomi berpendapat China dan Asia Timur dijangka akan menyerap sejumlah besar modal para kapitalis yang enggan merisikokan modal mereka ke dalam pasaran AS dan Eropah yang tidak menentu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page