top of page

China 'Abang Besar', Hishammuddin perlu mohon maaf kepada rakyat



Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussien sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas ungkapan ‘big brother’ yang ditujukan kepada negara China sewaktu lawatannya ke Beijing.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak selayaknya Menteri Luar meletakkan taraf Malaysia seperti boneka kepada China dalam ucapannya di negara itu.


"China adalah negara sahabat dan kita seharusnya menumpukan segala usaha dan keringat untuk meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengan negara tersebut.


"Namun, apa yang menghairankan adalah tindakan Menteri Luar Hishammuddin Hussien sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi yang menyifatkan Republik itu sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia.


"Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ahli Parlimen Port Dickson itu, Menteri Luar seharusnya meletakkan Malaysia dalam landasan yang tepat sebagai negara berkecuali sebagaimana diperjuangkan oleh beberapa Perdana menteri yang lepas.


Bukannya negara yang mengiktiraf kekuatan China dan menjadi sekutu di bawah kekuasaannya.


"Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.


"Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut," katanya lagi.


Semalam, ucapan Hishammuddin dikecam para warga net yang mengingatkan beliau bahawa China tidak pernah mengiktiraf Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia dan sentiasa menganggap beberapa pulau yang dipertikaikan di perairan sempadan Malaysia - China sebagai milik negara itu


Oleh itu, pengiktirafan China sebagai Abang Besar dianggap keterlaluan menunjukkan kelemahan diplomasi Malaysia.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page