top of page

Cherishe Ng mahu angkat suara anak muda di DUN Sarawak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 17, 2021
  • 1 min read


Calon DUN Batu Lintang, Cherishe Ng Phuay Hui berharap diberi mandat oleh pengundi di DUN itu untuk diangkat sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Anak kepada tokoh politik veteran, Dominic Ng itu berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk setempat dan mengangkat suara anak muda dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.


"Saya Cherishe Ng, harap dapat mengangkat suara anak muda dan wanita di DUN Sarawak.


"Kita punya sambutan (sejak hari pertama kempen) pengundi tempatan memang hebat. Banyak orang sokong anak muda ceburi bidang politik.


"Saya calon no. 5, DUN Batu Lintang. Harap para pengundi dapat keluar mengundi esok," katanya kepada Suara Keadilan.


Cherishe melakukan walkabout kempen terakhirnya hari ini sebelum rakyat keluar mengundi pada 18 Disember.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page