top of page

Chatbot WhatsApp dalam peringkat akhir pembangunan - Fahmi



Pembangunan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu kini dalam proses akhir.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu.


"Waktu ini ada beberapa isu teknikal sedang diteliti. Kita juga sedang berusaha pastikan aplikasi berkenaan dapat menjawab isu-isu dibangkitkan terutama dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya.


"Pada ketika kita rasmikan nanti, mungkin akan ada beberapa bahasa utama tapi kita akan kembangkan (bahasa lain) sebab ia berteraskan AI (kecerdasan buatan)," katanya dipetik.


Fahmi memaklumkan perkembangan itu kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun 2024 di Putrajaya pada Selasa.


Kemudahan WhatsApp Chatbot diwujudkan susulan banyak mesej-mesej tidak benar, fitnah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.


Ia dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Komunikasi dan Meta Platforms Inc (Meta)


Terdahulu pada ucapan di perhimpunan itu Fahmi menyeru warga Kementerian Komunikasi untuk menjadi barisan paling hadapan melawan fitnah yang tersebar dalam media sosial termasuk WhatsApp, bagi memastikan komunikasi yang tepat sampai kepada rakyat.


"Saya berharap sehingga aplikasi itu kita rasmikan, kita juga memainkan peranan untuk meneliti apa yang disampaikan dalam WhatAspp, media sosial, sekiranya sebarang maklumat itu tidak tepat, maka kita perlu betulkan dengan baik dan tertib dengan menyampaikan fakta.


"Pasukan di kementerian ini perlu menjadi barisan paling hadapan untuk menentang dan melawan fitnah," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page