top of page

Chang Lih Kang Pengerusi MPN Perak yang baharu



KEADILAN menyusun strategi rapi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan melantik Naib naib Presiden sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).


Bagi negeri Perak, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mencadangkan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN yang baharu.


"Saya mengadakan pertemuan dengan semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Perak bagi memuktamadkan urusan pelantikan Pengerusi MPN.


"Saya telah mencadangkan nama Ketua Cabang Tanjong Malim, saudara Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak dan semua Ketua Cabang sebulat suara menerima pelantikan beliau sebagai Pengerusi MPN bagi penggal 2022-2025," katanya.

Chang Lih Kang

Beliau berharap dengan pelantikan Lih Kang menggantikan Dr Lee Boon Chye sebelum ini, KEADILAN Perak akan menjadi lebih ampuh mendepani BN dan PN.


"Saya yakin saudara Lih Kang yang juga Naib Presiden KEADILAN mampu menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin serta dapat menyuntik semangat baru buat pimpinan negeri bagi mendepani PRU-15," katanya.


Dalam temubual bersama wartawan sejurus selepas mesyuarat tersebut Datuk Seri Anwar mengakui tradisi lantikan daripada pimpinan negeri terpaksa diubah pada waktu ini untuk memastikan persiapan PRU 15 lebih lancar.


"Sebagaimana sedia maklum jentera pilihan raya ini kita buat sedikit penyesuaian, iaitu timbalan dan naib presiden ditugaskan untuk memimpin jentera parti peringkat negeri.


"Ini berbeza dari dulu di mana kita ambil kira pandangan Cabang dan mengangkat salah seorang dari mereka. Kali ini saya beri pandangan tumpuan kita adalah pilihan raya," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page