top of page

Ceupacs sambut baik pertambahan peruntukan PHEKS



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pengumuman Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang meningkatkan pemberian geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS).


Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu akan memberi kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia terutama dalam membantu pertumbuhan keahliannya.


Selain itu jelasnya, ia turut akan membantu kesatuan sekerja melaksanakan aktiviti untuk perkembangan pendidikan secara berterusan khususnya bagi meningkatkan kemahiran berkesatuan dalam kalangan pemimpin dan anggota kesatuan sekerja.


"Cuepacs berharap semua kesatuan sekerja terutama daripada kesatuan di bawah gabungan Cuepacs mengambil bahagian sepenuhnya menyertai inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membolehkan pembangunan modal insan dilaksanakan dengan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Menteri KSM, Steven Sim Chee Keong pada Rabu memaklumkan peruntukan untuk geran PHEKS dinaikkan kepada RM5.8 juta pada tahun ini, berbanding RM2.6 juta tahun lalu.


Peningkatan itu jelasnya selaras dengan pendirian kementerian untuk berdiri bersama pekerja yang menjadi tonggak kepada ekonomi negara, sekali gus memerlukan kesatuan sekerja terus didukung dan diperkasa.


Sementara itu Adnan Mat dalam kenyataannya berkata, Ceupacs berharap KSM dapat menyalurkan jumlah minimum sekurang-kurangnya RM10,000 kepada setiap kesatuan sekerja yang memohon untuk menyertai inisiatif PHEKS.


Ia bagi membolehkan program-program oleh pihak kesatuan sekerja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekali gus mencapai matlamat yang dimahukan kementerian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page