top of page

Ceroboh kediaman MB: Wartawan Harakah, penyokong PN ditahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 6, 2024
  • 1 min read


Seorang wartawan lidah rasmi Pas, Harakah bersama dua penyokong PN ditahan semalam kerana didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam.


Salah seorang penyokong PN itu dilaporkan merupakan pemimpin Pas.


Hal itu didedahkan menerusi rakaman TikTok, Jason Update yang tersebar sejak petang Jumaat.


Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, pempengaruh tersebut memberi tahu wartawan berkenaan bersembunyi di tempat duduk belakang kereta yang dipandu oleh penyokong PN berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page