top of page

Ceramah isu royalti setiap DUN: Pas Terengganu terdesak?



Ceramah isu kononnya Kerajaan Persekutuan menyekat royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan pada setiap DUN dalam negeri itu mungkin menggambarkan terdesaknya Pas pada ketika ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, Pas melalui siri ceramah itu mungkin mahu membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat Terengganu berdasarkan isu semasa.


Sedangkan katanya, dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang gagal dipinda Pas ketika menjadi Kerajaan Persekutuan (2020 - 2022) jelas tidak meletakkan Terengganu negeri yang layak mendapat royalti hasil mineral lebih daripada 3 batu nautika daripada pantainya.


Namun, kata Nadhir, Kerajaan Madani tetap mengekalkan sejumlah ratusan juta ringgit peruntukan kepada Terengganu walaupun sebahagian kewangan itu dibayar terus kepada kontraktor yang menyiapkan projek dan tidak lagi melalui Kerajaan Negeri.


"Soalnya mengapa Pas anjur ceramah royalti minyak di setiap DUN di Terengganu? Adakah Kerajaan Pas Terengganu dilihat terdesak untuk mengekalkan sokongan?


"Walaupun menyapu bersih 32 - 0 semua kerusi DUN di Terengganu pada Pilihan Raya Negeri lalu, Pas Terengganu dilihat terdesak untuk mengekalkan naratif mereka (rompakan royalti) bagi kekalkan sokongan," katanya.


Menurut Ahmad Nadhir lagi, naratif royalti amat penting kerana sebelum ini Pas menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat sekiranya parti itu diberi undi.


Sedangkan rakyat tidak faham dana kepada Terengganu adalah atas ihsan Kerajaan Persekutuan. Pengundi, katanya, wajar menghargai Kerajaan Madani di atas bantuan yang diberikan kerana kewangan negeri hanya sekitar 20% daripada Belanjawan setiap tahun.


Jelasnya, Pas mungkin terdesak kerana pembohongan mereka telah diketahui oleh pengundi Atas Pagar dan ceramah besar atau kecil perlu dilakukan untuk mengekalkan kekuatan.


"Sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai jentera komunikasi rasmi dan juga tersusun, kenapa medium ceramah juga diambil sebagai medium penerangan?


"Adakah ini menunjukkan jentera penerangan Kerajaan Negeri telah lesu dan tidak berfungsi lantaran setiap pembohongan Pas di media sosial mula mendapat reaksi tentangan balas, terutama daripada golongan Atas Pagar," katanya lagi.

1 comment

1 則留言


Aziz Ismail
Aziz Ismail
5月27日

Ketua penerangan parti kencing rakyat kemaman atau lebih tepat ketua auta parti munafik kemaman

按讚

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page