top of page

CEO syarikat agih projek era kerajaan PN ditahan SPRM



Siasatan ke atas ketidaktelusan pengagihan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022, terutama pada era kerajaan Perikatan Nasional menyebabkan seorang suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.


Menurut laporan Bernama, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.


Beliau dilaporkan disyaki menjadi “orang tengah” dalam pengagihan projek kerajaan dan ditahan reman sehingga 10 Januari.


Menurut laporan itu lagi, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.


"Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.


"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%," katanya dipetik.


SPRM dalam kenyataan sebelum ini berkata fokus siasatan berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Jumlah itu adalah peruntukan melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.


Tambah laporan itu, sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”.


Katanya, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.


Untuk rekod, suspek merupakan ahli politik Bersatu dan didakwa mempunyai hubungan dengan kepimpinan atasan parti berkenaan.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page