top of page

CEO EPIC: Tiadakah anak T'ganu sehingga dilantik orang Sarawak?



Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), Muhtar Suhaili, berkuatkuasa hari ini menimbulkan beberapa persoalan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, EPIC merupakan sebuah syarikat minyak dan gas yang berdaya maju seharusnya dipimpin oleh anak Terengganu memandangkan perusahaan petroleum telah bertapak di negeri itu sejak 1970an lalu.


Apatah lagi, katanya, pelantikan Muhtar agak kontroversi kerana beliau merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak.


Sehubungan itu KEADILAN Kemaman, katanya, menuntut kerajaan Pas Terengganu memberi penjelasan berkenaan isu lantikan tersebut, sama ada ianya berupa habuan politik.


"KEADILAN Kemaman mendesak Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengapa mereka melantik Muhtar Suhaili sebagai CEO kumpulan EPIC sedangkan dia orang Sarawak. Tidak ada orang Terengganu yang layakkah untuk menerajui EPIC?


"Adakah ini habuan politik kepada pimpinan Pas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri? Seperti mana kita tahu EPIC ini anak syarikat Kerajaan Negeri yang penting, yang memberikan banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan kerana terlibat dan menyokong industri gas dan minyak terbesar di Terengganu secara umumnya," kata Ahmad dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, setelah lebih 50 tahun industri minyak dan gas bertapak di negeri Pantai Timur itu, ribuan teknokrat berjaya dilahirkan dalam kalangan anak tempatan, maka sepatutnya mereka diberi tanggungjawab untuk membangunkan industri berkenaan mengikut acuan tempatan.


"Jadi KEADILAN Kemaman berpandangan EPIC perlu diuruskan oleh orang yang betul betul berkelayakan, dan orang berkelayakan itu seharusnya didahulukan anak jati negeri Terengganu ini kerana EPIC adalah GLC Terengganu.


"Kenapa MB mengambil bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak," katanya lagi.


Untuk rekod, Muhtar sebelum ini dinyatakan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page