top of page

Cegah Covid 19: 237 premis tidak patuhi SOP di Selangor diarah tutup


Dalam usaha mencegah merebaknya jangkitan Covid 19 sebanyak 237 daripada 2,457 premis yang diperiksa di Selangor diarah tutup kerana tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata demikian dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.


Katanya, jumlah berkenaan merangkumi penutupan 129 premis atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 108 lagi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).


Jelasnya, daripada jumlah itu 79 daripada 220 kilang yang diperiksa ditutup dan tempoh penutupan mulai 13 Julai hingga 23 Ogos lalu .


"Sebanyak 42 daripada jumlah premis ditutup dikenakan kompaun melakukan kesalahan ingkar SOP dalam sektor pembuatan.


"Arahan penutupan dikenakan terhadap 79 sektor pembuatan di bawah Seksyen 18(1)(f) disebabkan melakukan kesalahan major," katanya.


Tambah Amirudin, arahan berkenaan dikeluarkan selama tujuh hari dan pemilik industri turut diberikan arahan kerja serta penambahbaikan untuk diselesaikan dalam tempoh tersebut.


コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page