top of page

Ceburi bidang ekonomi digital atasi isu kemiskinan - Fahmi





Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil menggesa rakyat mengambil peluang melibatkan diri dalam ekonomi digital.


Bercakap pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Seri Pantai anjuran TNG Digital Sdn Bhd dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai semalam, Ketua Penerangan KEADILAN itu percaya dengan penglibatan dalam ekonomi digital, rakyat mampu menoktahkan kemiskinan.


Apatah lagi katanya, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan antaranya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi tujuan mengembangkan sektor berkenaan.


"Saya harap kemudahan ini dimanfaat sebaiknya, singgah ke PEDi belajar bagaimana untuk terlibat dalam ekonomi digital, bagaimana kemudahan ini boleh memajukan ekonomi kita. Di situ kita boleh melihat bahawa di pihak kerajaan, kita tidak berniat memberi ikan semata-mata.


"Memang kita bagi bantuan sama ada bakul makanan, Bakul Rahmah, subsidi dan sebagainya tapi lebih daripada itu untuk benar-benar mengatasi masalah kemiskinan untuk menoktahkan kemiskinan, kita perlu sediakan joran," katanya.


Sementara itu, tambah Fahmi, bagi membuka peluang lebih ramai rakyat menceburi diri dalam bidang ekonomi digital, kerajaan akan memastikan terdapat kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (1DUN 1PEDi) menjelang tahun hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page