top of page

CCSM: Kementerian akan pastikan data pesakit dilindungi



Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan sekuriti data Sistem Pengurusan Data Klinikal (CCMS) yang masih dalam projek rintis diberi perhatian serius supaya tidak berlaku kebocoran data.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan akan memastikan data klinikal pesakit dilindungi sebaik mungkin apabila sistem tersebut diguna pakai kelak.


"InshaAllah, perkara-perkara ini memang (kita) jaga dengan sebaik mungkin," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 Peringkat Dasar Kementerian Kesihatan (KKM) pada Khamis.


Beliau berkata begitu sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasik Gelugor) yang membangkitkan laporan Harian Metro bertarikh 25 Oktober 2023 yang meragui sistem tersebut yang dibangunkan oleh syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK).


Wan Saiful pada pencelahannya turut mahu penjelasan apakah akan berlaku kenaikan kos apabila sistem sedia ada bertukar kepada CCMS dari segi sewaan bulanan


"Tentang kenaikan kos adalah tidak benar kerana sebenarnya penggunaan CCMS yang diperkenalkan ini kosnya sangat memberi keuntungan kepada kerajaan atau KKM," kata Dr Zaliha sebagai menjawab kebimbangan itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page