top of page

CCoE jadikan Malaysia destinasi perangi ancaman siber - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia (CCoE) berpotensi menjadi destinasi antarabangsa bagi menangani ancaman siber.


Pada ucapan di majlis pelancaran CCoE di Cyberjaya pada Selasa beliau berkata, pusat dibangunkan dengan kerjasama syarikat perisian Kanada, Blackberry Ltd itu mampu menghimpunkan pelbagai kepakaran tempatan, institusi penyelidikan dan pakar keselamatan siber.


"CCoE ialah satu kejayaan penting negara dalam mewujudkan ekosistem keselamatan siber yang teguh yang memerlukan perkongsian kukuh merentasi sektor awam dan swasta.


"Pusat ini juga akan menyediakan persekitaran digital yang lebih selamat selain menggalakkan perkongsian maklumat dan pertukaran kepakaran antara agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain," katanya dipetik.

Penubuhan pusat merupakan kesinambungan kepada perjanjian perkhidmatan perisian jangka panjang yang ditandatangani antara syarikat perisian Kanada ketika Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di San Francisco November tahun lalu.


Antara lain ia akan berkongsi pengetahuan, risikan ancaman dan bersama-sama membangunkan kaedah dan strategi untuk mengukuhkan daya tahan siber nasional dan serantau.


Anwar yang juga Menteri Kewangan sementara itu memuji Blackberry kerana membantu Malaysia meningkatkan kemahiran pasukan pertahanan siber pada masa depan sekali gus memperkukuh keselamatan dan inovasi negara dan serantau.


Ketika ini Malaysia jelasnya kekurangan 12,000 profesional keselamatan siber dan memerlukan kira-kira 25,000 pekerja dalam keselamatan siber menjelang 2025.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama ini akan memanfaatkan pengalaman 35 Blackberry dalam segmen keselamatan siber.


Menurutnya, Blackberry akan melengkapkan pusat ini dengan beberapa kurikulum dan awal tahun depan mereka akan mula mengadakan kursus kepakaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page