top of page

Caruman Perkeso perlu diwujudkan untuk wartawan sambilan, stringer

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 6, 2024
  • 1 min read


Wartawan perlu diberi perlindungan sewajarnya dalam menjalankan tugas melaporkan berita.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (gambar, kiri) berkata, pada waktu ini hanya wartawan sepenuh masa yang diberikan perlindungan Perkeso dan sebagainya.


Katanya, kementerian sedang berusaha untuk memberi perlindungan kepada wartawan separuh masa dan juga stringer serta jurugambar separuh masa.


"Saya baru baru ini melawat seorang bekas wartawan. Saya ditanya (berkenaan caruman) Perkeso, memang ini antara sebab kita perlu perjuangkan rakan rakan media sebagai pencarum.


"Sama ada pekerja sepenuh masa atau separuh masa. Tanpa rakan media kita tak dapat berita. Tidak kira siapa menulis berita itu, menyunting atau jurugambar, berita tetap berita.


"Saya berpandangan kita perlu usahakan segera untuk membolehkan caruman pencen ilat dan sebagainya bagi rakan media.


"Saya akan teruskan dan minta rakan rakan WHAM (Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia) termasuk stringer dan part timer dapat Perkeso," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga wartawan hiburan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia di London 28 Dis 2023, di kediaman Allahyarhamah di Ampang.


Mengenai sumbangan yang diberikan, Fahmi berkata, sumbangan tersebut adalah untuk memberi sokongan kepada keluarga Allahyarhamah dan turut diusahakan oleh pelbagai pihak.


"Saya sangat sayu sebab salah seorang ahli keluarga media kita telah pergi dalam keadaan di luar negara.


"Banyak pihak telah membantu (misalnya) wakil FGV, pihak Felda, Malaysia Hall termasuk MAS.


"Saya hadir hari ini untuk mewakili rakan rakan dari WHAM menyampaikan sumbangan untuk keluarga dan yang terbaik buat mereka," katanya lagi.


Menurut fahmi, jumlah sumbangan yang diberikan sebanyak RM50,000 dan diusahakan rakan rakan dari WHAM.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page