Cari punca kelemahan agihan subsidi penternak ayam, bukan mansuhkannya - Zuraidi Ismail



Kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam bulat di pasaran merupakan kelemahan nyata kerajaan BN - PN.


Malangnya, selepas sebulan krisis ayam berlaku kerajaan masih tidak pasti secara jelas punca kekurangan bekalan. Namun dalam masa sama mereka telah memansuhkan pula subsisi harga dedak kepada penternak sebanyak 60 sen sekilogram.


Bagi Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Zuraidi Ismail, pemansuhan subsidi makanan ternak tersebut merupakan kesilapan yang fatal dan akan menyebabkan bekalan ayam terus tidak stabil dalam jangka masa yang panjang.


Kata beliau, kerajaan BN - PN tidak boleh menggunakan alasan hanya 10% penternak yang memohon subsidi sebagai punca pembatalan kerana jumlah subsidi tersebut terlalu kecil dan permohonan untuk mendapatkannya amat sulit.


"Penternak ayam merungut kerana mereka sedang berhadapan kenaikan harga dedak dua kali ganda. Harga ini akan terus meningkat daripada masa kesemasa akibat daripada kejatuhan matawang ringgit dan keadaan pasaran makanan dunia yang tidak menentu.

Zuraidi Ismail

"Subsidi 60 sen untuk sekilogram adalah terlalu kecil dan tidak mencukupi di samping terdapat banyak dokumentasi yang perlu di sediakan bagi mendapatkan subsidi tersebut.


"Ada juga merungut subsidi terlalu lambat diterima," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Zuraidi, penternak turut mengalami masalah kekurangan pekerja apabila buruh asing pulang ke negara masing masing selepas tamatnya sekatan perjalanan akibat Covid 19.


"Penternak menyuarakan kekurangan tenaga pekerja dalam industri di mana ramai pekerja pulang ke negara masing masing selepas pembukaan sempadan negara.


"Kekurangan tenaga kerja ini menyebabkan upah meningkat dan menjadi rebutan dengan industri perkilangan serta industri industri lain. Akibatnya, pengeluaran bekalan ayam terpaksa dikurangkan dengan ketara selaras dengan kekurangan tenaga kerja," katanya.


Menambah buruk kepada masalah itu, kata Zuraidi lagi, adalah semakin sukarnya peruncit yang menjual ayam segar untuk meneruskan perniagaan.


Katanya, peniaga runcit yang berniaga secara kecil-kecilan memaklumkan mereka terpaksa membeli ayam daripada pihak pembekal dengan harga RM8.30 dan ada yang lebih mahal daripada itu.


"Sedangkan mereka hanya dibenar menjual ayam pada harga RM8.90. Mana mungkin mereka mampu menjual ayam dengan keuntungan yang terlalu kecil untuk menampung kos sewaan dan gaji harian pekerja.


"Lebih parah, mereka terdedah dengan denda yang berlipat ganda daripada pihak penguatkuasaan KPDNHEP sekiranya tidak mematuhi harga siling maksima ini," ujarnya.


Selain itu, tegas Pengurus Hal Ehwal Parlimen Indera Mahkota itu, peniaga juga merungut dengan kekurangan jumlah bekalan ayam yang diterima daripada pembekal dan juga isu kelewatan bekalan yang diterima. Perkara ini menyebabkan mereka sukar untuk berniaga dan memungkinkan untuk tutup perniagaan sekiranya isu berpanjangan.


"Kami merasakan langkah yang diambil oleh kerajaan amat tidak seimbang (imbalance) dan tidak menyeluruh kerana segala langkah itu lebih memfokuskan penyelesaian jangkamasa pendek. Juga ia lebih tertumpu untuk menjaga kepentingan pihak pengguna tanpa mengambilkira keadilan pada penternak dan peniaga ayam


"Sebaliknya, industri ayam perlu diberi sokongan oleh kerajaan kerana ia menjadi sumber keselamatan makanan (food security) untuk negara.


"Peruntukan RM720 juta untuk subsidi ayam yang akan di tarik balik perlu diperhalusi punca kelemahan dan kegagalannya, bukan terus dialihkan ke peruntukan B40. Sewajarnya peruntukkan yang besar ini digunakan dan disasarkan untuk membantu dan memajukan industri penternakan," katanya lagi.


Kerajaan baru baru ini mengumumkan keputusan melanjutkan harga runcit maksima ayam yang akan berakhir pada 5 Jun ini kepada 30 Jun 2022. Harga runcit maksima dikekalkan pada harga RM8.90, iaitu kurang 20 sen daripada harga runcit ayam sebelum berlakunya krisis.


Begitu juga kerajaan telah mengarahkan sekatan eksport ayam ke luar negara manakala lesen permit import makanan di hapuskan berkuatkuasa pada 1 Jun 2022.


Bagaimanapun rakyat berpandangan sinis kerana sejak sebulan lalu kerajaan gagal mencari punca sebenar dan menangani masalah bekalan ayam di peringkat akar umbi yang menyebabkan harga serta bekalan ayam terputus.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER