top of page

Cari pelaburan dalam kesibukan hadiri WEF - PM



Dalam kesibukan menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memenuhi jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga TotalEnergie, Patrick Pouyanne untuk bertemu dan berbincang mengenai pelaburan dalam industri tenaga.


Pada pertemuan itu PM teruja dengan kesediaan syarikat dari Perancis tersebut untuk menambah pelaburannya di Malaysia.


"Alhamdulillah dalam pertemuan ringkas ini, TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas, serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.


"Semoga pelaburan ini dapat direalisasikan sesegera mungkin dan mencetus limpahan kemakmuran buat rakyat Malaysia, khususnya dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perkongsian pengetahuan," katanya.


Untuk rekod, TotalEnergies telah bertapak sejak 1984 di Malaysia dan memiliki pelaburan dalam pelbagai sektor antaranya tenaga boleh diperbaharui, elektrik, minyak dan penyimpanan karbon.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page