top of page

Cari kaedah alternatif elak keciciran pelajar tidak dapat ikuti PdPR - AMK Kedah



Surat terbuka kepada Menteri Pendidikan YB Mohd Radzi Md Jidin


Salam sejahtera YB Menteri,


Meneliti situasi sektor pendidikan semasa, saya percaya masih banyak ruang yang boleh ditambah baik demi pembangunan anak-anak sekolah kita.


Oleh yang demikian, saya berpandangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar mengemukakan strategi pendidikan yang lebih inklusif serta kaedah-kaedah alternatif untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada sesi pembelajaran sepanjang pandemik Covid-19 ini.


i) Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti PdPR perlu diberi peluang pembelajaran yang adil, kaedah alternatif diperlukan segera


Merujuk kepada data yang dikeluarkan, sekurang-kurangnya 30% pelajar kita gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akibat kekurangan peranti yang sesuai seperti telefon pintar dan tablet.


Selain itu, isu capaian internet juga menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan pelajar mengikuti PdPR. Masih ada lagi pelajar yang terpaksa mencari capaian internet sehingga ke ladang kelapa sawit atau ke atas dahan pokok semata-mata untuk mengikuti sesi pembelajaran yang sememangnya hak mereka.


KPM wajar mempertimbangkan untuk memberi keizinan kepada sekolah yang bersaiz kecil dan mikro khususnya sekolah pedalaman untuk menjalankan sesi persekolahan secara bersemuka dengan mematuhi SOP dengan sepenuhnya kerana kemungkinan besar tempat-tempat tersebut tidak mempunyai perkhidmatan internet yang memuaskan untuk menjalankan PdPR.


Sudah genap setahun wabak Covid-19 melanda Malaysia dan tiada sesiapa mampu menjangka keadaan pandemik Covid-19 selepas ini. Adakah wajar sekiranya sekolah-sekolah ini terus ditutup tanpa kaedah alternatif yang akan dapat memastikan anak-anak kita mendapat peluang pembelajaran yang adil, terutamanya di kawasan pedalaman?


ii) Pentaksiran bilik darjah untuk pelajar yang gagal mengikuti PdPR


Pentaksiran antara faktor yang menentukan masa hadapan anak-anak kita. Ramai yang rasa tertekan akibat pentaksiran bilik darjah khususnya pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti PdPR. Ini seterusnya menjurus kepada masalah keciciran akibat kekangan kemudahan peranti dan capaian internet, berbanding mereka yang mampu untuk menikmati kemudahan tersebut. Jika pentaksiran bilik darjah masih diteruskan secara pukul rata kepada semua pelajar, apakah kesan terhadap masa depan buat mereka yang sukar untuk mengikuti PdPR?


Saya berharap pihak KPM dapat memberi penjelasan terhadap isu pentaksiran bilik darjah ini.


iii) KPM wajar mempertimbanagkan untuk memberi keizinan institusi-institusi swasta beroperasi semula


Kewujudan institusi-institusi pendidikan swasta seperti pusat perkembangan minda, pusat tuisyen dan pusat bimbingan telah terbukti mampu membantu pembelajaran pelajar-pelajar sekolah dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap pendidikan negara.


Walaupun kebanyakan sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi semula termasuklah tadika dan pusat jagaan kanak-kanak tetapi sektor pendidikan swasta seperti yang saya sebutkan di atas masih lagi dilarang beroperasi.


Oleh itu, saya menyarankan agar pihak KPM dapat segera menetapkan SOP yang sesuai yang mampu dipatuhi sepenuhnya oleh institusi pendidikan swasta supaya sektor ini dapat kembali beroperasi. Segala pertimbangan daripada pihak YB Menteri amatlah saya hargai.


Sekian, terima kasih.


Maxim Leow

Ketua AMK Merbok

Biro Pendidikan AMK Negeri Kedah

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page