top of page

Turun Anwar: Nilai prestasi PM dengan fakta, pembangkang terbukti kerajaan gagal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Tindakan segelintir pihak mendesak agar Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan melalui himpunan 26 Julai ini kononnya atas alasan kes saman sivil tidak membawa sebarang logik, sebaliknya hanya naratif politik terdesak pihak yang kehilangan kuasa dan cuba menunggang sentimen rakyat.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, rakyat harus menilai prestasi kerajaan berdasarkan fakta dan pencapaian, bukannya terpengaruh dengan retorik kosong, sedangkan calon PM daripada pembangkang PN telah gagal mentadbir negara pada tempoh 2020 - 2022 lalu.


''Cadangan itu (melalui tunjuk perasaan Turun Anwar) sebagai tidak berpijak di bumi nyata. Sejak pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar, antara keutamaan beliau adalah memastikan kestabilan harga barang asas dan jaminan bekalan mencukupi untuk rakyat.

Danish Hairudin
Danish Hairudin

''Hasil usaha bersepadu antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), harga dan bekalan bagi barangan penting seperti ayam, telur, bawang, dan minyak masak berjaya distabilkan.


''Rakyat kini tidak lagi mengalami masalah kekurangan telur seperti yang berlaku sepanjang tahun 2021 hingga 2022 di bawah PN. Ketika itu, rakyat terpaksa membeli telur mengikut had dibenarkan, harga ayam melonjak sehingga mencecah RM10 sekilogram, dan kekurangan minyak masak peket menjadi isu harian.

''Kini, barangan tersebut kembali stabil, boleh didapati dengan mudah, dan pada kadar harga yang terkawal,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Beliau diminta mengulas tindakan pembangkang dan NGO musuh politik Anwar yang mendesak PM berundur daripada jawatannya sedangkan di bawah pentadbiran beliau, barang keperluan stabil serta mudah didapati di pasaran, berbeza ketika era Perikatan Nasional yang dikenali sebagai kerajaan gagal mengurung rakyat menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga dua tahun.


Mengulas lanjut, Danish berkata ketika ditadbir PN sebelum ini, rakyat terjerut dengan krisis makanan dan rantaian bekalan yang gagal diurus dengan baik sebagaimana hari ini.


Selain itu, isu kehakiman yang ditunggang pembangkang pun sudah tiba ke penghujung. Sedangkan pembangkang tidak memberikan solusi pun ke atas isu berkenaan selain mengkritik.


Kerajaan Madani juga dalam tempoh singkat, katanya, telah memberi bantuan sara hidup kepada rakyat B40 dengan jumlah lebih RM2000 setahun, paling tinggi dalam sejarah negara.


"Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula dilaksanakan secara bersasar dengan berpandukan data sistem PADU, bagi memastikan pengagihan dibuat secara telus dan berkesan.


"Pelbagai program sosial seperti Menu Rahmah, Skim Perumahan MADANI dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) turut diperkenalkan dan merupakan inisiatif konkrit yang menjawab keperluan rakyat bawahan secara langsung," ujarnya.


Oleh itu, tegas Danish, rakyat yang terbuai oleh sentimen pembangkang seharusnya menilai secara waras sebelum membuang masa dan tenaga menyertai himpunan pada 26 Julai ini untuk mengembalikan kerajaan PN.


''Adakah kita mahu kembali kepada kegagalan lalu yang pernah menyusahkan rakyat secara terang-terangan?


''Cadangan untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Anwar dan mengembalikan PM daripada PN tidak membawa sebarang logik ekonomi atau kebajikan.


''Hakikatnya, kerajaan hari ini telah berjaya mengembalikan kestabilan asas ekonomi dan membina semula keyakinan pelabur serta rakyat,'' ujarnya yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page