top of page

Cara baharu lantik PM: Guna Akuan Berkanun, sahkan melalui Undi Percaya - Hassan Karim


Krisis politik yang berlanjutan sejak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 lalu telah memberi pengalaman baharu kepada negara dalam hal pelantikan kerajaan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, solusi hal pelantikan Perdana Menteri (PM) di peringkat Persekutuan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) telah ditemukan dengan cara pengumpulan Akuan Berkanun (SD) dan disahkan melaui Undi Percaya di Dewan Rakyat.


Kata beliau, ada hikmahnya perkara tersebut berlaku kerana sistem Raja Berperlembagaan dapat berkembang dan menyesuaikan diri dengan pergelutan politik semasa.


"Kita dapat menyaksikan konvensyen sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia berperanan dan berkembang mengisi ruang-ruang kosong di mana terdapat kelompangan di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Sekarang telah wujud konvensyen yang diterima di mata umum dan perundangan Perlembagaan, iaitu penentuan majoriti sokongan kepercayaan seseorang calon Perdana Menteri boleh ditentukan terlebih dahulu oleh Yang di-Pertuan Agong di luar Parlimen melalui Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) atau SD.


"Konvensyen tersebut diperluaskan lagi, iaitu pengesahan keabsahan (legitimacy) sokongan kepercayaan mesti dilakukan secara rasmi di Dewan Rakyat," katanya.


Bagi beliau, pergelutan kuasa kali ini juga meningkatkan lagi peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai kuasa pemutus yang tidak boleh dicabar dan memperluaskan peranan Raja Berperlembagaan sebagai kuasa pengimbang bagi mengelakkan keadaan politik daripada menjadi sangat tidak stabil


"Sebagai contoh, perlantikan Ismail Sabri Yacob sebagai PM ke-9 oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah kuasa budibicara Agong yang menjadi simbol Raja Berperlembagaan.


"Manakala pengesahan keabsahan PM Ismail Sabri dan Kabinetnya di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen September nanti menunjukkan pengiktirafan peranan kuasa Dewan Rakyat di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


"Dewan Rakyat merupakan salah satu tunggak di dalam Parlimen Malaysia, adalah lambang kuasa rakyat yang diwakili oleh 222 orang ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh melalui suatu PRU," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page