top of page

Capaian internet Sabah meningkat ketara hingga 95.3 peratus liputan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7
  • 1 min read

Datuk Fahmi Fadzil meninjau akses internet dalam lawatannya ke Kampung Sepagaya, Lahad Datu
Datuk Fahmi Fadzil meninjau akses internet dalam lawatannya ke Kampung Sepagaya, Lahad Datu

Oleh: Azuan Ab Rahman


Liputan Internet di kawasan berpenduduk di Sabah kini mencapai 95.3 peratus setakat 31 Julai 2025, berbanding hanya 73.41 peratus sebelum pelaksanaan Projek JENDELA.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peningkatan ini hasil usaha berterusan kerajaan bersama penyedia perkhidmatan utama termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan TM Tech.


Melalui aplikasi MCMC NEXUS, menara komunikasi di kawasan ini mencatat kelajuan sehingga 300 Mbps bagi 5G dan 80 Mbps untuk 4G, memberi manfaat kepada lebih 3,800 penduduk setempat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Kenyataan itu menyusul lawatannya ke Kampung Sepagaya, Lahad Datu bagi mengikuti sesi pengujian kualiti liputan komunikasi di kawasan tersebut.


Sementara itu tegasnya, aspek kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut dan musim banjir turut diberi perhatian.


Justeru, semua penyedia perkhidmatan komunikasi telah diarahkan menambah kapasiti rangkaian serta menyediakan bekalan kuasa sokongan termasuk generator dan sistem hibrid solar.


"Kampung Sepagaya antara kawasan berisiko banjir ketika Monsun Timur Laut. Oleh itu, langkah kesiapsiagaan amat penting bagi memastikan perkhidmatan komunikasi tidak terjejas," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page