top of page

Capai kuota 30 peratus, tingkat suara wanita di Parlimen



Oleh: Helmi Mohd Foad


Usaha meningkatkan jumlah perwakilan wanita di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kepimpinan Cabang perlu terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita KEADILAN, kata ketuanya Fadhlina Sidek.


Katanya, laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF 2023) dalam kalangan negara ASEAN menunjukkan Malaysia berada di tangga tercorot dalam penguasaan atau penglibatan wanita dalam politik.


"Malah sasaran mencapai 30 peratus calon wanita dalam pilihanraya juga dianggap jauh kerana hanya 12 peratus calon wanita dipertaruhkan untuk Pilihan raya Negeri (PRN) 2023.


"Walaupun terdapat banyak inisiatif bagi meningkatkan agenda 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen, ada banyak faktor yang menyebabkan kekurangan perwakilan wanita di Parlimen atau DUN termasuk ekosistem politik dan parti politik itu sendiri," katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Ketika ini, selain Fadhlina dari KEADILAN yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan, pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut melantik Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan dan Senator Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).


Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata laras utama yang telah dipasakkan dalam PRN lalu adalah apabila meletakkan calon wanita di Negeri Sembilan.


"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Menteri Besar yang berjaya mengangkat dua nama wanita dan kita menang 100 peratus kerusi wanita di Negeri Sembilan.


"Disambut pula kejayaan tersebut dengan diperanankan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Pastinya kita masih banyak ruang penambahbaikan dalam representasi wanita tetapi parameter Negeri Sembilan adalah permulaannya," kata beliau.


Menurut Fadhlina lagi, representasi bermakna suara dan perwakilan yang penting dalam menentukan dasar dan polisi yang lebih baik untuk melindungi wanita dan kanak-kanak serta warga emas dalam mengarusperdanakan gender.


Untuk itu, mulai tahun hadapan, kata beliau, siri Wanita Akar Rumput Madani (WARM) dan Run To Win (R2W) akan menjadi program berkala untuk semua wanita.


"Program BMW (Bakul Makanan Wanita), Kasih Keluarga Madani (KKM), Wanita Keadilan #sayangi diri dan #MadaniBelajar akan diperhebatkan di bawah Wanita KEADILAN.


"Hanya dengan representasi gender yang adil dan saksama, maka isu-isu seperti keganasan rumahtangga, gangguan seksual, kesihatan mental, penuaan bermaruah, kesihatan keluarga, partipasi dalam ekonomi dan tenaga kerja negara dan pembangunan keluarga dapat diperjuangkan dengan lebih efektif," katanya.


Sementara itu, Zaliha dalam ucapan beliau pula berkata pihaknya merakamkan penghargaan ke atas Perdana Menteri atas kepercayaan diberikan kepada ramai Wanita Keadilan untuk diangkat sebagai pimpinan sama ada di peringkat nasional sebagai menteri, timbalan Menteri dan Ahli Parlimen atau Senator.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa

Selain itu, katanya golongan wanita juga dilantik di peringkat negeri sebagai Exco dan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


"Walaupun kita sasarkan dan apa yang kita perjuangkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus angka lantai belum lagi kesampaian.


"Tetapi ini menggambarkan komitmen Presiden dan komitmen parti dalam mengangkat martabat dan kefungsian Wanita Keadilan ke satu tahap yang jauh lebih tinggi.


"Cuma perlu saya ingatkan posisi ini bukanlah satu posisi kemegahan atau glamour bahkan ia adalah posisi yang menuntut suatu tanggungjawab besar," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Keadilan.


Tambahnya, beliau tidak mungkin bergelar menteri pada hari ini sekiranya bukan menjadi anggota KEADILAN.


"Agaknya siapalah saya pada hari ini kalau saya bukan seorang anggota KEADILAN. Siapalah saya kalau pada hari ini kalau saya bukan Wanita KEADILAN!


"Dan siapalah YB Fadhlina, siapalah YB Fuziah, siapalah YB Rodziah dan lain-lainnya kalau kita bukan anggota KEADILAN dan bukan Wanita KEADILAN.


"Bermaksud, siapapun kita ketika ini dan jika suatu hari kita berada di mana mana kedudukan atau posisi tinggi, jangan pernah lupa bahawa asal usul kita adalah di sini, maka kita adalah KEADILAN dan KEADILAN adalah kita!" katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page