Campurtangan dalam institusi kehakiman: Mahiddin Yassin perlu beri penjelasan
- Redzuan Shamsudin
- Jan 15, 2022
- 1 min read

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu memberi penjelasan lanjut berkenaan dakwaan bahawa ada usaha untuk meminta beliau campurtangan dalam urusan kehakiman ketika masih berkuasa.
Hal itu, menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dirungkaikan berikutan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat semalam bahawa tidak berlaku sebarang campurtangan di dalam institusi kehakiman.
"Saya mengalu-alukan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tidak ada campurtangan dari pihak beliau melibatkan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.
"Kita juga menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari mantan PM Tan Sri Muhyiddin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.
"Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman, meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum," katanya.
Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga mahu Peguam Negara mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan yang sama.
"Dalam konteks yang serupa, Peguam Negara harus juga memberi respon yang tegas," katanya lagi.
Commentaires