top of page

Campur tangan kerajaan dalam legislatif menjauhkan pelabur asing?



Percubaan menukar Speaker Parlimen Tan Sri Mohamad Ariff Yusuf dan suasana berkecamuk politik di belakangnya mungkin akan menyebabkan pelabur asing tidak berminat menanam modal di Malaysia.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, penukaran Speaker pada separuh penggal dilihat sebagai campurtangan kerajaan Perikatan Nasional ke atas institusi legislatif atau penggubal undang-undang.


Katanya, pelabur akan melihat Malaysia tidak lagi mempunyai Parlimen yang bebas dan undang-undang yang bakal diluluskan mungkin merugikan mereka pada jangka panjang.


Menurut William lagi, negara tidak wajar dibebankan dengan imej tidak baik institusi Parlimen selepas berlakunya rampasan kuasa kerajaan 'tebuk atap' pada Februari lalu dan perlantikan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada kalangan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak berkelayakan.


"Kerajaan bertukar melalui pintu belakang ini pun sudah memberi imej buruk pada negara dan juga dunia. Ramai pelabur asing akan semakin menjauhkan daripada kita, tak yakin dengan pentadbiran negara pada hari ini.


"Mereka lihat mandat rakyat dikhianati begitu sahaja. Bagi pelabur, kemungkinan mereka merasa akan menghadapi nasib yang sama. Campur tangan kerajaan dalam pelbagai cara ini (tidak wajar dan) akan memburukkan lagi imej negara," katanya kepada Suara Keadilan.


Sesi Parlimen pada 13 Julai depan bakal menyaksikan sejarah baharu akan tercatat dalam norma baharu Parlimen. Terdapat usul yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Iaitu menukar Speaker pada pertengahan penggal sedangkan individu berkenaan tidak uzur atau mengalami hal-hal yang mewajarkan pertukaran.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page