
Calon N.22 DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, berbaju hitam) melakukan tinjauan ke pusat pengundian awal melibatkan polis dan tentera di kawasan DUN tersebut.
Beliau keluar meninjau seawal jam 9.00 pagi di Balai Polis Gurun.
Di sana Firdaus mendapati suasana pengundian awal melibatkan anggota polis berjalan lancar.
Selepas itu beliau melawat ke kem tentera Hobart di Jeniang yang melaksanakan Undi Awal.
Di kem itu Firdaus bertemu calon saingannya yang meninjau suasana pengundian awal dalam kalangan anggota tentera.
Pengundian awal berjalan sebagaimana diharapkan hari ini dan tiada sebarang isu serius dibangkitkan oleh para calon.