Oleh: Abdullah Zaid
DUN Ampangan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila penyandang kerusi tersebut yang merupakan Exco Kerajaan Negeri digugurkan dan muka baharu Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (gambar atas, kanan sekali) akan menggalas cabaran Pakatan Harapan di sana
Namun Tengku Zamrah berkata, beliau telah pun bersedia dan telah membuat beberapa lawatan rumah ke rumah sebagai membiasakan diri menghadapi kempen PRN.
Sambil ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek atau lebih dikenali sebagai “Kak Fad” Wanita KEADILAN turun ke rumah Puan Fatimah, 73, di Taman Joboi Ampangan, Negeri Sembilan.
Ziarah itu menyentuh hati ramai pihak apabila Tengku Zamrah melahirkan penghargaan ke atas temannya yang melayan beliau dengan baik sepanjang tempoh mereka berkenalan.
"Inilah tempat sering saya kunjungi dan tinggal jika berkunjung dari Kuala Lumpur. Pernah saya sakit dan demam, Kak Fatimahlah yang menjaga saya," katanya terharu.
Kunjungan kedua pula, Wanita KEADILAN menemui keluarga Puan Siti Hawa Ismail (gambar atas sekali), 63, pesara kerajaan yang menghidap masalah buah pinggang dan kencing manis.
Ibu kepada empat orang anak itu melahirkan rasa syukur atas kunjungan yang turut dihadiri Menteri Pendidikan itu.
"Alhamdulilah terima kasih atas kunjungan, saya ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak," katanya.
Selain DUN Ampangan, Fadhlina juga membuat siri Jelajah Wanita Madani di DUN Pilah sebagai aktiviti ramah mesra bersama penduduk sekitar dan pemimpin tempatan.
Untuk rekod, DUN Pilah turut dipertandingkan oleh seorang calon KEADILAN iaitu Nur Zunita Begum.
Comments