top of page

Calon wanita di DUN Hulu Kelang bela golongan wanita di Selangor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 30, 2023
  • 1 min read


Calon wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli yang diletakkan di DUN Hulu Kelang merupakan seorang wakil rakyat yang telah teruji dalam perkhidmatan kepada masyarakat di DUN Bukit Melawati, Selangor sebelum ini.


Meski pun Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu berhadapan calon heavyweight bekas MB Selangor, Azmin Ali namun rakyat perlu memenangkan beliau untuk memastikan tradisi merakyatkan ekonomi Selangor di bawah PH berkesinabungan selepas Pilihan Raya Negeri ini.


Hal itu menjadi naratif kempen Juwairiya bersama beberapa pimpinan KEADILAN di Melawati Mall tengah hari tadi.


"PH bertuah hari ini ada beberapa pimpinan kita turun, Nurul Izzah, Syed Ibrahim dan Kamil Munim ada bersama. Kita melawat di Melawati Mall, salah satu JDM yang kuat penyokong kita di sini.


"Kita menyantuni rakyat dan penduduk sekitar, kita ambil kesempatan hujung minggu ini menyantuni rakyat," katanya.


Turut bersama Juwairiya ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, Nurul Izzah Anwar.


Nurul (kiri) bersama Juwairiya beramah mesra bersama pengunjung pasar raya

Bagi Nurul, kehadiran Juwairiya sebagai calon amat penting untuk membela hak hak wanita di DUN Selangor.


"Kehadiran kami di peringkat pusat hari ini untuk mengingatkan rakyat bahawa sejak 2008 kerajaan PH telah mendapat mandat yang begitu besar dari rakyat negeri Selangor dan kita mahukan saudari Ju serta semua calon BN dan PH diberi sokongan.


"Kita minta setiap pengundi yang layak agar keluar mengundi pada 12 Ogos. Tanpa kehadiran pengundi, sukar kita pastikan kemenangan buat calon wanita


"Saudari Ju akan terus memperjuangkan agenda untuk wanita di sini. Kita semua tahu Selangor antara negeri mempelopori agenda anak mendapat penjagaan dan dokongan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri (yang membantu wanita dan ibu) menerusi subsidi dan geran tambahan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page