top of page

Calon utama KEADILAN mendahului selesa

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 19, 2022
1 min read


Calon atau pimpinan utama KEADILAN mendahului selesa di beberapa kerusi.


Calon Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendahului pencabarnya dengan majoriti 11,608.


Sementara kerusi hangat di Gombak, Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari mendapat 44,500 undi meninggalkan pencabarnya Azmin Ali dengan 30,960. Kiraan undi masih berjalan


Ketua Penerangan KEADILAN yang mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula mendahului dengan majoriti 12,376 majoriti ke atas pencabarnya.


Berdasarkan laporan myMetro, secara tidak rasmi PH mengungguli parti parti lain dengan 55 kerusi, PN 38 kerusi, GPS 21 kerusi, BN 21 kerusi, GRS dan Bebas masing-masing tiga kerusi, manakala Warisan dan PSB masing-masing satu kerusi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page