top of page

Calon SPM terjejas banjir duduki peperiksaan 16 Mac ini



Penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di Kuantan semalam.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN itu, ia akan membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang sepatutnya berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

"Kita akan mula 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat


"Kita berharap cuaca bertambah baik agar tiada pertambahan tarikh dan boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja, kita tak nak anak-anak kita diberikan tekanan sebab cuaca macam ni," katanya.


KPM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sebanyak 17 pusat peperiksaan di Johor, Pahang dan Sarawak terjejas susulan hujan lebat sejak awal bulan ini.


Daripada jumlah itu, tujuh pusat peperiksaan tidak dapat dibuka disebabkan terputus hubungan dan jalan raya tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page