top of page

Calon SPM dapat 10A ke atas dijamin lanjut pengajian - PM



Kerajaan memberi jaminan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas diberi peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu.


Bagaimanapun menurut PM, kuota sedia ada untuk pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak terjejas dan akan kekal sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Sebelum ini, apabila anak-anak lulus SPM (keputusan cemerlang) yang kemudian berdepan keterbatasan ruang pendidikan maka timbul masalah. Jemaah Menteri dengar keluhan rakyat dan melihat dan mengkaji cadangan.


"Jadi kerajaan memutuskan semua lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas tanpa mengira kaum Melayu, Cina dan India serta lain-lain harus diberikan jaminan tempat oleh kerajaan.


"Ini adalah satu keputusan berani yang dibuat Kerajaan Madani," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur.


Turut hadir pada acara itu adalah Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Sementara itu menurut Anwar, perincian mengenai perkara itu bakal dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page