
Calon KEADILAN DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar (berdiri, baju putih) memilih untuk menghabis petang Ahad bersama mantan teman teman dan Ketua ketua Kampung yang berjasa sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan di Johor.
Mereka bersantai di 1995 Corner yang terletak berhadapan pasaraya Hoe Soon, Taman Sri Fajar .
"Terima kasih kepada tuan-tuan atas kesudian ngeteh bersama-sama sambil saling dapat bertukar-tukar idea.
"Juga mantan-mantan Ketua Kampung semasa kerajaan terdahulu seperti Tok Misrin (Kg Peserai), Tok Ahmad Awang (Kg Gombak), Tok Eedy (Kg Bintang) dan Tok Mazlan (Kg Muhibbah).
"Ngam, kita lepak santai petang-petang di tepi jalan sambil nikmati keenakan makanan," katanya.
Jalan Peserai meriah dengan aneka warung untuk menjamu selera bagi seisi keluarga dan antara tumpuan masyarakat setempat di Batu Pahat.
Comments