top of page

Calon PRN Johor: KEADILAN tampil pemimpin berpengalaman, wajah baharu

  • Writer: Hasbul Ahmad
    Hasbul Ahmad
  • Jun 22
  • 2 min read
Calon KEADILAN-PH diumumkan satu per satu oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Calon KEADILAN-PH diumumkan satu per satu oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan (PH) hari ini secara rasmi mengumumkan senarai calon yang akan mewakili gabungan ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan yang berlangsung di Padang Bukit Gambir Extreme Park, di sini malam ini.


Majlis yang dihadiri ribuan penyokong itu disempurnakan oleh Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalan-timbalan pengerusi iaitu Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke.


Turut bersama barisan kepimpinan tertinggi PH negeri Johor menandakan kesiapsiagaan PH untuk menawarkan barisan kepimpinan terbaik bagi membawa agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor.


Dalam ucapannya, Anwar berkata calon-calon yang dipilih terdiri daripada gabungan pemimpin berpengalaman, profesional, golongan muda dan wanita yang mempunyai rekod perkhidmatan serta komitmen tinggi terhadap rakyat.


"Mulai sekarang ini, kita mesti bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon kita," kata Anwar selepas mengumumkan 56 calon PH malam tadi.


Beliau menegaskan bahawa Johor memerlukan kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja keras demi memastikan pembangunan negeri dapat dipacu secara lebih inklusif dan mampan.


PH tidak sekadar bertanding untuk menambah jumlah kerusi yang dimenangi, sebaliknya membawa aspirasi lebih besar untuk memperkukuh pentadbiran yang berpaksikan kebajikan rakyat, tadbir urus yang baik dan pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.


Pengumuman calon itu turut memperlihatkan komitmen PH dalam memberi ruang kepada generasi baharu kepimpinan, termasuk penglibatan lebih ramai calon muda yang mampu mendekati kehendak pengundi serta membawa idea segar dalam pentadbiran negeri.


Pengumuman calon malam ini sebagai langkah awal ke arah memperoleh mandat rakyat untuk membina Johor yang lebih maju, progresif dan sejahtera.


Berikut adalam senarai nama calon KEADILAN:


N01- Buluh Kasap - Rozy Razit

N03 - Pemanis - Jalex Lee En Xiang

N07 - Bukit Kepong - Subramani A/L Chami

N09 - Gambir - Mohd Nor Mohd Yusof

N14 - Bukit Naning - Md Ysahrudin Kusni

N16 - Sungai Balang - Ayna Soraya Badaruddin

N17 - Semerah - Mohd Khuzzan Abu Bakar

N18 - Seri Medan - Hishamuddin Misrin

N24 - Senggarang - Onn Abu Bakar

N27 - Layang Layang - Guna Balakrishnan

N32 - Endau - Saiful Nizam Samad

N33 - Tenggaroh - Md Yusof Dawam

N35 - Pasir Raja - Mohd Fakharuddin Moslim

N37 - Johor Lama - Danish Hossman Abd Rahman

N39 - Tanjung Surat - Faizul Abdul Ghani

N41 - Puteri Wangsa - Dr Maszlee Malik

N47 - Kempas - Muhammad Faezuddin Mohd Puad

N51 - Bukit Batu - Arthur Chiong Sen Sern

N54 - Pulai Sebatang - Haniff Hosman

N56 - Kukup - Cheah Chee Hong


PRN Johor Ke-16 akan menyaksikan hari penamaan calon pada 27 Jun, pengundian awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page