top of page

Calon PRK Simpang Jeram: Lihat khidmatnya di Muar - Aminolhuda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 26, 2023
  • 1 min read


Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan mahu pengundi di Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram melihat rekod kerja calon Pakatan Harapan di Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebelum ini.


Katanya, calon yang diletakkan oleh Amanah, Ir Nazri Abd Rahman (gambar, tengah) merupakan jurutera MPM dan boleh dilihat jasanya dalam membangunkan bandar Muar sebagai bandar yang bersih dengan landskap menarik.


"Calon di Simpang Jeram, kalau kita lihat bandar Muar atau dikenali bandar Maharani terkenal dengan bandar bersih serta menjadi satu mercu tanda kepada Malaysia, bukan Johor sahaja.


"Kita lihat di situ siapa di belakangnya. Selain Yang Dipertua dia adalah jurutera yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Muar itu sendiri, iaitu jurutera Ir Nazri Abd Rahman.


"Beliau juga Ketua Jabatan MPM. Kalau dia berada di sana, membangunkan Muar bersama Pegawai Daerah, YDP Muar (mengapa tidak dijadikan wakil rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau lagi, rakyat akan rugi jika tidak mengundi seseorang yang telah biasa dalam hal ehwal pentadbiran kawasan untuk diangkat sebagai wakil rakyat.


"Beliau sangat baik dari segi penguruan dan pembangunan. Maknanya kalau kita memilih pemimpin, inilah pemimpin yang ada rasa tanggungjawab dan boleh melaksanakan tugas. Inilah orangnya, terbukti depan mata kita.


"Saya yakin pengundi di Simpang Jeram akan pilih calon dari PH," katanya.


* Foto kredit: Berita RTM

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page